Sunday, August 9, 2009

Takaful Kenderaan



Pengenalan
Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum digunakan di jalan raya. Tetapi adakah SEMUA perlindungan insurans atau takaful adalah sama? Tidak semestinya. Walaupun kenderaan bermotor adalah kelas yang ditarifkan, syarikat insurans dan takaful dibenarkan untuk mengenakan paras tambahan dan deduktibel yang berbeza. Tambahan pula, syarikat menawarkan servis dan teknologi yang berlainan serta cara pengurusan tuntutan insurans yang berbeza.

Kami di Takaful IKHLAS, memahami keperluan anda. Dalam hal ini, kami tidak mengenakan tambahan atau melaksanakan deduktibel. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan kes, jika berlaku kemalangan, kami menjamin untuk meluluskan tuntutan anda dengan segera melalui proses tuntutan yang mesra pelanggan. Kesemua sebutharga adalah berdasarkan kepada alat ganti tulen. Anda juga boleh menggunakan khidmat bantuan jalanraya 24 jam untuk bantuan jika berlaku kecemasan. Oleh yang demikian, kami telah membina reputasi yang baik bagi penyelesaian tuntutan yang adil dan cepat.

IKHLAS MOTOR menawarkan dua jenis perlindungan motor yang dikenali sebagai IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR dan IKHLAS THIRD PARTY TAKAFUL.

No comments:

Post a Comment