Lindungi Kenderaan Anda Dengan Takaful Kerana Kebajikan Dan Keredhaan Menjadi Tuntutan Anda Sebagai Seorang MUSLIM. Mencari Yang HALAL itu Fardhu Ain Ke Atas Seorang Muslim, Mencari Yang Di Usahakan oleh Tangan-Tangan Muslim Itu Merupakan Fardu Kifayah Ke Atas Seorang Muslim. Umur Dunia Mungkin Panjang Lagi, Namun apa Yang pasti Umur Kita Takkan Sepanjang Umur Dunia.. Untuk Bina Duniamu Tempatnya Di Dunia, Untuk Bina Akhiratmu Tempatnya Jua Di Dunia.
Wednesday, August 12, 2009
Tinggalkan Yang Haram
Firman ALLAH SWT
" Hai sekalian manusia, makanlah barang yang HALAL lagi baik dari apa yang ada di bumi "
Surah Al-Baqarah ayat 168
Ulasan Ayat :
1. Ayat diatas ini menjelaskan bahawa perintah ALLAH kepada seluruh manusia untuk memakan barangan halal yang baik kerana ALLAH SWT itu baik, tidak menerima melainkan yang baik.
2. Setiap manusia dikehendaki mencari dan mendapatkan rezeki yang HALAL iaitu (suci dan bersih dari segala keburukkan, kekotoran, pada amal dan harta benda).
3. Setiap orang yang beriman dikehendaki agar segala amalannya bersih, jiwa dan hati yang bersih, hasil daripada menggunakan rezeki yang halal membawa kepada keberkatan terhadap seluruh kehidupannya tidak halal (haram) atau syubhah (tidak tahu samada halal atau haram) masuk kedalam tubuh, boleh menyebabkan seseorang itu terhijab daripada mendapat doa yang diterima, melemahkan iman, malas melaksanakan ibadah dan ketaatan, lebih terdorong kepada perkara maksiat serta hilang keberkatan hidup.
4. Rezeki yang tidak halal (HARAM) atau syubhah (tidak tahu samada halal atau haram) masuk ke dalam tubuh, boleh menyebabkan seseorng itu terhijab daripada mendapat doa yang diterima, melemahkan iman, malas melaksankan ibadah dan ketaatan, lebih terdorong kepada perkara maksiat serta hilang keberkatan hidup.
5. Pekerjaan yang baik, menghasilkan rezeki yang baik, termasuk keadaan ketika bekerja (tidak mencuri tulang dan masa), kerana hasilnya adalah termasuk HARAM, walaupun sedikit, berhati-hatilah daripada terjebak ke dalam perkara yang HARAM.
WALLAHU'ALAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment